Tuesday, 15 November 2011

يوم اللغة العربية

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam ketika Hari Bahasa Arab... Selamat menonton :)



Thursday, 10 November 2011

يوم اللغة العربية




Assalamualaikum adik-adik yang dikasihi sekalian

Untuk makluman adik-adik, pada hari Isnin ini (14/11/2011),ialah Hari Bahasa Arab peringkat sekolah .Program akan bermula pada jam 9 pagi hingga 3.15 petang.Pelajar-pelajar akan menjalankan beberapa aktiviti seperti mana berikut:

Pertandingan:

P1 dan P2 = Mewarna Poster Bahasa Arab

**Sila bawa peralatan mewarna seperti water color,poster color,crayon,pensel warna,sticker dan sebagainya

P3 dan P4 = Mengeja dan menghias hasil kerja (Berkumpulan)

**Sila bawa peralatan mewarna seperti water color,poster color,crayon,pensel warna,sticker dan sebagainya

P5 = Kuiz (Berkumpulan)


Persembahan:

P1 = Lagu Usrati (Keluarga Saya)

P2 = Lagu At-To'am (Makanan)

P3 = Lagu Madrasati (Sekolah Saya)

P4 = Lakonan Tajuk Usrati (Keluarga Saya)

P5 = Lakonan Tajuk Madrasati (Sekolah Saya)

Pelajar-pelajar Tahun 6 akan menjadi Event Manager untuk program ini.


Berikut adalah tentatif Hari Bahasa Arab:

9.00 pg  : Pelajar-pelajar berkumpul di Arabic Room

             : Taklimat ringkas

9.30 pg  : Pertandingan bermula (tempat akan dimaklumkan)

10.30 pg: Latihan untuk Persembahan

12.00 tgh: Rehat/Makan tengahari

1.30 tgh : Persembahan

             : Penyampaian Hadiah       


Sekian,terima kasih =)

Thursday, 3 November 2011

عيد الأضحى


ِAssalamualaikum adik-adik sekalian,

Pertama sekali, ustaz dan ustazah ingin memohon kemaafan di atas kelewatan untuk mengemaskinikan blog ini. Almaklumlah, kami amat sibuk dengan pelbagai aktiviti selepas peperiksaan... InsyaAllah kami akan cuba sedaya upaya mencari masa yang tersisa untuk menulis di sini. Doakan kami...

Tidak lama lagi, kita akan menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidil Adha.. Ada tak sesiapa yang menunaikan ibadah korban pada tahun ini? Kami tidak menunaikannya pada tahun ini. InsyaAllah pada tahun hadapan, kalau ada rezeki, kami akan tunaikannya...

Di sini kami ingin mengucapkan kepada adik-adik sekalian... 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

'IDUL MUBARAK

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIR..... :)

Sunday, 2 October 2011

الهَدِيَة


Assalamualaikum adik-adik sekalian,

Tinggal 3 hari sahaja sebelum peperiksaan Bahasa Arab. Bagaimana persediaan adik-adik untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun? Kami harap semuanya sudah bersedia 100%, insyaAllah. 

Untuk menambahkan semangat adik-adik mengulangkaji, ustaz dan ustazah telah berbincang dan bersetuju untuk memberikan hadiah kepada pelajar yang memperoleh markah peperiksaan Bahasa Arab yang tertinggi.

Hadiahnya ialah ..... rahsia.... Kalau adik nak tau, adik-adik perlu mendapat markah yang paling tinggi. Nak dapat markah tinggi adik-adik perlu belajar betul-betul, ingat nama-nama benda  dalam Bahasa Arab, hafal kalimah-kalimah Arab untuk membina ayat. InyaAllah... adik-adik akan berjaya...

Semoga adik-adik semua berjaya dengan keputusan yang cemerlang..... :)

Sunday, 25 September 2011

ُالمُرَاجَعَة

Assalamualaikum adik-adik yang dikasihi sekalian,


Minggu ini adalah minggu ulangkaji ( al-Muraja'ah ) pelajaran Bahasa Arab. Alhamdulillah.... kita telah dapat menghabiskan tajuk ke 10 pada minggu lepas. Ada 10 tajuk yang telah kita pelajari.. Banyak tak? 


Peperiksaan nanti, semua tajuk, dari 1 hingga 10 akan masuk. Jadi kami harap semua pelajar bersedia mulai sekarang dengan mengulangkaji tajuk-tajuk tersebut.. Kami telah membuat nota ringkas bagi semua tajuk tersebut dan jika ada adik-adik yang belum dapatkannya atau nota itu hilang, sila klik di link di bawah :


1. Nota Tahun 1 (klik di sini)
2. Nota Tahun 2 (klik di sini)


Kami doakan semoga adik-adik semuanya berjaya dengan cemerlang... :)

Wednesday, 14 September 2011

Aktiviti Tahun 1



Assalamualaikum adik-adik yang kami kasihi sekalian....


Kaifa halukum? 
Semoga semuanya sihat ye... insyaAllah...


Kali ini kami ingin menunjukkan hasil kreatif adik-adik Tahun 1 membuat kad ucapan Hari Raya Aidilfitri di dalam Bahasa Arab.. Cantik tak? 

Sunday, 11 September 2011

Kawan Adik-adik dimasukkan ke hospital

Kat Hospital Tropicana, Kota Damansara


Assalamualaikum adik-adik yang dikasihi sekalian,


      Pada hari Sabtu yang lepas (10/09/2011), salah seorang kawan adik-adik telah dimasukkan ke hospital.. Namanya Muhammad Erfan dari P2 Venus.. Adik Erfan dimasukkan ke hospital kerana apendiks.. Dia telah menjalani pembedahan untuk membuang apendiks tersebut..


       Mari kita sama-sama berdoa semoga adik Erfan cepat sembuh dan dapat kembali ke sekolah untuk belajar bersama-sama degan kita


       Di sini kami ingin mengajar doa dalam Bahasa Arab. Kalu adik-adik bertemu dengan sesiapa yang sakit samada ibu kita, kawan kita dan lain-lain, adik-adik doakan mereka supaya cepat sembuh dengan doa ini :-

شَفَاكَ الله 
Semoga Allah menyembuhkan kamu (untuk lelaki)
شَفَاكِ الله

Semoga Allah menyembuhkan kamu (untuk perempuan)

Hospital di dalam Bahasa Arab ialah المُسْتَشْفَى

Monday, 5 September 2011

Kembali Ke Sekolah



Assalamualaikum...


Adik-adik yang dikasihi sekalian....


Kaifa halukum al-yaum? Apa khabar adik-adik pada hari ini? Kami harap semuanya sihat dan bersemangat untuk belajar walaupun aura Hari Raya masih lagi ada...


Banyak tak dapat duit raya?... Ada yang bagitau, dia dapat RM2000 lebih... wah banyaknya... Tak kira banyak atau sikit duit raya yang kita dapat, ustaz dan ustazah harap adik-adik gunakan untuk perkara yang berfaedah seperti membeli buku-buku yang bermanfaat dan sebagainya. Jika ada lebih, maka simpanlah dalam bank, budayakan sikap menabung seperti mana pepatah arab dan melayu :


قَلِيلًا قَلِيلًا  فَصَارَ جَبَلًا


Maksudnya : Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..


Kami harap adik-adik dapat mengingatinya dan mengamalkannya...


Syukran jazilan
Ilal liqa'..... :)

Friday, 26 August 2011

Eid Mubarak

Assalamualaikum adik-adik sekalian,

Rasanya semuanya sudah berada di kampung masing-masing untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama keluarga tersayang.

Ustaz dan Ustazah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua, maafkan kami jika ada salah dan silap samada zahir dan batin.

Wednesday, 17 August 2011

Inni So im (Sesungguhnya saya sedang berpuasa)

Assalamualaikum adik-adik...


Hari ni, hari ke-18 kita berpuasa... alhamdulillah... Allah telah memberikan taufiq dan hidayah-Nya untuk kita menunaikan ibadah dengan penuh ketaqwaan...


Di sini ustaz nak menunjukkan antara kelebihan orang berpuasa ialah dia tidak akan cepat marah... tengoklah video ini... dan jangan lupa hafal kalimah arab dalam video ini... iaitu -> InniSo im (Sesungguhnya saya sedang berpuasa).. hafal ye... nanti ustaz dan ustazah tanya.... :)



Saturday, 13 August 2011

Kartun Arab - Freej


Assalamualaikum adik-adik...


Kaifa halukum? Natamanna antum bi khair....
Adik-adik apa kabar? Kami harap-harap semuanya sihat belaka... :)


Ustaz dan ustazah ingin memaklumkan kepada adik-adik bahawa kini terdapat satu rancangan kartun Arab di dalam program tv kita. Tajuk kartun ni ialah Freej. Jadual rancangannya seperti berikut :


Stesen tv : TV3
Hari : Setiap Sabtu
Masa : 6.00 petang


Adik-adik jangan risau kalau adik-adik tak faham Bahasa Arab sebab rancangan ini mempunyai sari kata terjemahan ke Bahasa Malaysia.


Marilah kita tengok ramai-ramai supaya kita dapat meningkatkan pengetahuan Bahasa Arab.


Di sini kami tunjukkan triller kartun Freej...


Saturday, 30 July 2011

رمضان كريم Ramadhan yang mulia



اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ يَا الإخْوَان
كَيْفَ حَالُكُمْ؟ نَتَمَنَّى أَنْتُمْ بِخَبْر 
Assalamualaikum adik-adik sekalian...
Adik-adik apa khabar? Kami harap adik-adik semua sihat-sihat belaka...


Pejam celik, pejam celik dah nak puasa kan? Sekejap rasanya masa berlaku. Adik-adik seronok tak, nak berpuasa? Kami harap semuanya seronok dan bersemangat nak berpuasa.


Di sini, ustaz dan ustazah ingin memberikan beberapa kalimah Bahasa Arab yang berkaitan dengan puasa. Semoga kita dapat menghafalnya dan menggunakannya... :)


1) ٌصَوْم = Puasa
2) أَنَا صَائِم = Saya sedang berpuasa
3) إِفْطَار = Berbuka puasa
4) صِيَامَا مَقْبُولًا = Semoga ibadat puasa diterima Allah.
5) كُلُّ عَام وَ أَنْتُمْ بِخَيْر = Semoga kamu sihat sejahtera setiap tahun.
6) رَمَضَانُ كَرِيم = Ramadhan yang mulia
7)رَمَضَانُ مُبَرَّك = Ramadhan yang diberkati


Ustaz dan ustazah ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada adik-adik. Semoga kita semua dapat menunaikan ibadah puasa dan ibadah yang lain dengan bersungguh-sungguh..... :)

Nak main satu game tak??Klik di sini.-> Ramadan Game 


Kat bawah ni ada lagu nasyid bulan Ramadhan. Jom kita dengar sama... :)


Wednesday, 13 July 2011

Let's Start Our Lesson...

Assalamualaikum semua...

Ini adalah pembelajaran kita yang pertama.Ok,sebelum belajar Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris,kita belajar apa?Haaa...mestilah belajar A,B,C terlebih dahulu..


Macam tu lah juga nak belajar Bahasa Arab ni..Kita semua kena tahu dahulu huruf-huruf yang terdapat dalam Bahasa Arab..Terdapat 28 huruf di dalam Bahasa Arab yang dikenali sebagai huruf Hijaiyyah


Sila lihat gambar dibawah dan praktiskan sebutannya.SELAMAT MENCUBA!!



Bagi memudahkan adik-adik mengingati huruf-huruf ini, di sini ustaz dan ustazah meletakkan lagu yang sedap didengari. Dengarkan dan nyanyikan bersama-sama.... :)


TAHUKAH ANDA??
"Bahasa Arab adalah bahasa yang paling unik di dalam dunia.Kenapa??Cuba perhatikan tulisan-tulisan bahasa lain.Semuanya bermula dari kiri.Betul tak?TETAPI...Tulisan Bahasa Arab ditulis dan dibaca dari kanan ke kiri..SANGAT UNIK BAHASA SYURGA INI"