Kat Hospital Tropicana, Kota Damansara
Assalamualaikum adik-adik yang dikasihi sekalian,
Pada hari Sabtu yang lepas (10/09/2011), salah seorang kawan adik-adik telah dimasukkan ke hospital.. Namanya Muhammad Erfan dari P2 Venus.. Adik Erfan dimasukkan ke hospital kerana apendiks.. Dia telah menjalani pembedahan untuk membuang apendiks tersebut..
Mari kita sama-sama berdoa semoga adik Erfan cepat sembuh dan dapat kembali ke sekolah untuk belajar bersama-sama degan kita
Di sini kami ingin mengajar doa dalam Bahasa Arab. Kalu adik-adik bertemu dengan sesiapa yang sakit samada ibu kita, kawan kita dan lain-lain, adik-adik doakan mereka supaya cepat sembuh dengan doa ini :-
شَفَاكَ الله
Semoga Allah menyembuhkan kamu (untuk lelaki)
شَفَاكِ الله
Semoga Allah menyembuhkan kamu (untuk perempuan)
Hospital di dalam Bahasa Arab ialah المُسْتَشْفَى
No comments:
Post a Comment