Assalamualaikum adik-adik sekalian,
Tinggal 3 hari sahaja sebelum peperiksaan Bahasa Arab. Bagaimana persediaan adik-adik untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun? Kami harap semuanya sudah bersedia 100%, insyaAllah.
Untuk menambahkan semangat adik-adik mengulangkaji, ustaz dan ustazah telah berbincang dan bersetuju untuk memberikan hadiah kepada pelajar yang memperoleh markah peperiksaan Bahasa Arab yang tertinggi.
Hadiahnya ialah ..... rahsia.... Kalau adik nak tau, adik-adik perlu mendapat markah yang paling tinggi. Nak dapat markah tinggi adik-adik perlu belajar betul-betul, ingat nama-nama benda dalam Bahasa Arab, hafal kalimah-kalimah Arab untuk membina ayat. InyaAllah... adik-adik akan berjaya...
Semoga adik-adik semua berjaya dengan keputusan yang cemerlang..... :)
No comments:
Post a Comment