Saturday, 30 July 2011

رمضان كريم Ramadhan yang mulia



اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ يَا الإخْوَان
كَيْفَ حَالُكُمْ؟ نَتَمَنَّى أَنْتُمْ بِخَبْر 
Assalamualaikum adik-adik sekalian...
Adik-adik apa khabar? Kami harap adik-adik semua sihat-sihat belaka...


Pejam celik, pejam celik dah nak puasa kan? Sekejap rasanya masa berlaku. Adik-adik seronok tak, nak berpuasa? Kami harap semuanya seronok dan bersemangat nak berpuasa.


Di sini, ustaz dan ustazah ingin memberikan beberapa kalimah Bahasa Arab yang berkaitan dengan puasa. Semoga kita dapat menghafalnya dan menggunakannya... :)


1) ٌصَوْم = Puasa
2) أَنَا صَائِم = Saya sedang berpuasa
3) إِفْطَار = Berbuka puasa
4) صِيَامَا مَقْبُولًا = Semoga ibadat puasa diterima Allah.
5) كُلُّ عَام وَ أَنْتُمْ بِخَيْر = Semoga kamu sihat sejahtera setiap tahun.
6) رَمَضَانُ كَرِيم = Ramadhan yang mulia
7)رَمَضَانُ مُبَرَّك = Ramadhan yang diberkati


Ustaz dan ustazah ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada adik-adik. Semoga kita semua dapat menunaikan ibadah puasa dan ibadah yang lain dengan bersungguh-sungguh..... :)

Nak main satu game tak??Klik di sini.-> Ramadan Game 


Kat bawah ni ada lagu nasyid bulan Ramadhan. Jom kita dengar sama... :)


Wednesday, 13 July 2011

Let's Start Our Lesson...

Assalamualaikum semua...

Ini adalah pembelajaran kita yang pertama.Ok,sebelum belajar Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris,kita belajar apa?Haaa...mestilah belajar A,B,C terlebih dahulu..


Macam tu lah juga nak belajar Bahasa Arab ni..Kita semua kena tahu dahulu huruf-huruf yang terdapat dalam Bahasa Arab..Terdapat 28 huruf di dalam Bahasa Arab yang dikenali sebagai huruf Hijaiyyah


Sila lihat gambar dibawah dan praktiskan sebutannya.SELAMAT MENCUBA!!



Bagi memudahkan adik-adik mengingati huruf-huruf ini, di sini ustaz dan ustazah meletakkan lagu yang sedap didengari. Dengarkan dan nyanyikan bersama-sama.... :)


TAHUKAH ANDA??
"Bahasa Arab adalah bahasa yang paling unik di dalam dunia.Kenapa??Cuba perhatikan tulisan-tulisan bahasa lain.Semuanya bermula dari kiri.Betul tak?TETAPI...Tulisan Bahasa Arab ditulis dan dibaca dari kanan ke kiri..SANGAT UNIK BAHASA SYURGA INI"